Tuesday, September 2, 2008

Majlis Tamat Latihan Siri Pertama Senia Silat Sendeng Dua Beradik Kampung Gantuk

Majlis tersebut diadakan pada waktu malam di Bangsal Silat di Kampung Gantuk. Seramai 48 peserta telah berjaya dan selamat tamat latihan seni silat sendeng dua beradik siri pertama ini dan dapat dinugerahkan sijil.

Saya telah datang ke bangsal silat ini pada permulaan kelas ini dan sejak permulaannya sehingga tamat latihan pada malam itu, sambutan daripada ibubapa sangat menggalakkan.

Saya percaya bahawa ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas ini mengharapkan bahawa anak-anak mereka akan menjadi lebih berdisplin dan disamping itu mempelajari kesenian dan kebudayaan bangsa Melayu itu.

Saya mengucapkan tahniah kepada En Wahab dan jawatankuasanya kerana berjaya mengadakan satu aktiviti yang tentu membawa maafaat kepada komuniti di Kampung Gantuk.

Hadir bersama dalam majlis tamat latihan ini ialah Kedua-dua Penghulu Mentakab, En Alias Nong dan En Khaidhir Azly Baharudin. Pada masa majlis tersebut tamat, masa sudah melebihi 12.00 tengah malam.

 
Posted by Picasa

No comments: