Berdasarkan lapuran Kwong Wah e-newspaper pada malam 12 September 2008 dan sumber ini disahkan oleh Deputy IGP Ismail Omar, pemberita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng telah ditahan bawah ISA.
Tan Hoon Cheng ialah pemberita yang melapurkan ucapan Ahamd Ismail, Ketua Bahagian Umno Bukir Bendera semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ucapan Ahmad Ismail bahawa orang Cina hanya menumpang di negara ini telah menimbulkan satu suasana tegang terhadap Umno di kalangan rakyat, khususnya orang Cina. Perkara ini juga menimbulkan tidak puas hati yang tak terhingga antara parti komponen BN, terutamanya MCA dan Gerakan, sehingga Parti Gerakan ancam dan cadang keluar dari BN. MCA Pulau Pinang dan Gerakan Pulau Pinang pernah membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan Umno Pulau Pinang.
Penahanan Tan Hoon Cheng di bawah ISA adalah sesuatu tindakan yang tidak menasabah pada pendapat saya kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pemberita.
Sekiranya Tan Hoon Cheng dianggap salah, beliau harus ditahan dan bicarakan di mahkamah dan dibuktikan salah dan bukan di bawah ISA. Tan Hoon Cheng membuat laporan ucapan "menumpang" tersebut kerana berdasarkan ucapan yang didengar semasa Ahmad Ismail memberi ucapan itu. Sekiranya Tan Hoon Cheng buat lapuran dan didapati salah, begitu juga punca datangnya lapuran itu, ucapan Ahmad Ismail.
Memang jelas, Ahamd Ismail tetap salah kerana telah dihukum pergantungan ahli selama tiga tahun oleh MT Umno. Timbalan Perdana Menteri YB Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun meminta maaf bagi pihak beliau dan beliau tetap tidak mengaku kesalahan yang dibuat dan mengingkar arahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kita semua memang setuju bahawa demi menjaga aman dan damai, janganlah membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum di khalayak ramai. Dalam hal ini, Tan Hoon Cheng tidak bersubahat dengan Ahamd Ismail dalam perkara yang telah menyinggung perasaan kaum, Tan cuma lapurkannya sebagai seorang pemberita.
Tan Hoon Cheng tidak sepatutnya ditahan dibawah ISA!
1 comment:
Pemberita Sin Chew Daily Saudari Tan Hoon Cheng telah dibebaskan oleh pihak berkuasa petang ini(13/9/2009). Lapuran Sin Chew Daily memetikkan percakapan YB Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dalam The Star yang mengatakan bahawa penahanan beliau disebabkan ancaman terhadap nyawa Saudari Tan Hoon Cheng. Penahanan ini merupakan satu tindakan pencegahan!
Post a Comment