Wednesday, September 17, 2008

Kempen derma darah anjuran Pemuda MIC Bahagian Temerloh

Pemuda MIC Bahagian Temerloh telah menganjurkan kempen derma darah pada 14 September 2008 di depan The Store Mentakab. Seramai 95 penderma darah telah mengambil bahagian dalam kempen tersebut. Ini adalah satu aktiviti yang berjaya sempena bulan Ramadan.
Menderma darah adalah satu usaha murni dimana ianya dapat memanfaatkan orang lain yang memerlukan darah semasa kecemasan dan di samping itu ianya dapat menjadi badan kita lebih sihat dengan penghasilan sel darah baru.

Selama ini MIC dan sayap Pemuda di bawah Ketua Pemuda Encik Kesavan serta Wanitanya telah banyak bekerjasama dengan saya sebagai ADUN Mentakab. Aktiviti-aktiviti yang mereka anjurkan juga selalu menjemput saya menyertainya. Saya sungguh berharap "morale" yang rendah yang sedang dihadapi MIC selepas pilihanraya umum 308 ini akan berlalu dengan semangat kuat dan kerja bersungguh-sungguh pemuda bahagian Temerloh ini.
Ini adalah "aset" bagi Barisan Nasional kawasan ini dan saya sungguh berharap pemimpin BN dapat menghargai "aset" ini.

"We have to value and treasure the commitments by these youngsters which are also our partners in BN"

 
Posted by Picasa
Petugas dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah sedang mendaftarkan perderma darah

No comments: