Wednesday, March 4, 2009

Sedih? Marah? Bosan?

Apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku.
Sehingga hari ini, krisis politik tersebut masih tidak ternampak penyelesaian.

Yang menyedihkan ialah Kedaulatan Institusi DiRaja telah terheret dalam perkara ini sehingga perkataan dan pandangan negatif terhadap Institusi DiRaja ini terdapat di mana-mana termasuk dalam media elektronik. Dalam politik, persepsi terhadap sesuatu perkara itu sangat penting, sesuatu yang tak betul boleh dipandang macam betul sekiranya massa media memainkan peranan tidak neutral, berbelah kepada sesuatu pihak secara halus atau secara terus terang.

Suka tak suka, rakyat memang mempunyai pandangan dan pendirian mereka masing-masing dan ini hanya akan ditentukan semasa proses demokrasi mengambil tempatnya. Terpulanglah kepada mereka yang mempunyai kepentingan untuk memikat hati rakyat semasa prosese demokrasi, iaitu pilihanraya berjalan.

Mahkamah boleh membuat keputusan, berdasarkan undang-undang dan proses serta prosedur perjalanan sesuatu pentadbiran, semada keputusan itu diterima ramai, itulah satu-satu caranya sistem keadilan yang sedia ada bagi menyelesaian krisis tersebut.

Soalnya, adakah "Westminster System" yang selama ini negara kita amalkan tidak akan terjejas?

1 comment:

Goh san said...

Selepas kejadian di perak, banyak pihak pemimpin BN yang menyalahkan Pakatan Rakyat yang memulakan permainan "lompat parti".

Tetapi saya hairan jika satu cara yang memang tidak disetujui oleh pihak BN untuk merampas kuasa, akhirnya BN sendiri yang melakukan perkara sedemikian.

Mungkin atas prosedure dan undang-undang memang berpihak kepada BN sebab negara kita belum ada akta akta "anti lompat parti", tetapi perbuatan BN mungkin membawa padah apabila pada masa depan situasi mungkin tidak lagi menyebelahi mereka.

Ini bagaikan seseorang yang menasihati orang lain jangan merokok kerana ia membahayakan kesihatan, tetapi dari segi undang-undang memang merokok tidak diharamkan, maka kita nampak orang yang menasihati orang lain sendiri merokok dengan sepuas-puasnya.

Bagaikan tabiat merokok, tabiat "lompat parti" jika diamalkan sesuka hati, ia akan merosakan apa-apa usaha demokrasi yang diamalkan selama ini, akhirny ahli politik hanya menjadi permainan antara parti dan suara rakyat tidak lagi diangap penting untuk mereka lagi.