Sunday, March 8, 2009

BN tetap perlu berubah untuk memikat hati dan seterusnya dapat sokongan rakyat

Dalam pilihanraya yang akan datang, sekiranya MCA tidak memenuhi janjinya untuk berubah, dan UMNO tidak mengambil berat tentang keperluan rakyat untuk perubahan dan berubah seterusnya, kemungkinan besar BN akan hilang lebih lagi kerusi semasa pilihanraya akan datang.

Tsunami politik 3.08 menyebabkan BN kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen dan pakatan Rakyat menguasai 5 negeri di Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan kehendak rakyat menerusi proses demokrasi, politikus harus memikirkannya secara lebih mendalam.

Sebagai wakil rakyat bagi kawasan ini, saya berpendapat ahli UMNO di peringkat akar umbi memang sudi bekerjasama dengan saya, kami tidak mempunyai kepincangan yang besar. Tetapi sentiasa terbaca dalam akhbar, pimpinan atasan UMNO sentiasa keluarkan hujah-hujah yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan lapisan rakyat, khususnya perkara-perkara yang menyentuh isu etnik dan pendidikan.

Walaupun keadaan politik dan ekonomi tidak menentu pada masa sekarang, ianya tetap akan berakhir. "Sesuatu yang telah bermula tetap akan berakhir" Pimpinan BN Negeri Pahang sekarang memang berhati jiwa rakyat, sebab itulah saya berpendapat BN dapat kekalkan kuasa pemerintahannya.

Memang terdapat kelemahan dari segi pentadbiran yang sesiapa pun tak berani menafikan. Contohnya sehingga hari ini, masih ada di antara mereka yang rumah ditenggelami air semasa banjir akhir tahun 2007 dalam kawasan saya datang mengadu bahawa mereka tak dapat bantuan banjir kerajaan. Tahun lepas, semasa membuat lawatan ke suatu kampung, saya pernah dihentikan ditepi jalan oleh seorang penduduk yang memberi kepada saya satu senarai mereka yang tercicir daripada penerimaan bantuan banjir kerajaan!

Pada permerhatian saya, salah satu sebab yang utama BN akan kekalkan pemerintahannya di Pahang ialah majoriti pengundi Melayu di kampung dan luar bandar masih berteguh dan stabil menyokong UMNO. Walau bagaimanapun, perubahan tetap perlu dengan memahami kehendaki rakyat, pemimpin jangan sombong dan jangan memukir janji demi memikat hati dan seterusnya dapat sokongan rakyat.

Sinchew Daily siarkan satu laporan mengenai temuibual saya pada 8 Mach 2009.

5 comments:

Chuah Boon Seong said...

Your anger is registered, whoever you are.
Nowadays not many people are happy with the government, whether it be BN or PR. I am the representative from BN, I express myself clearly how i feel and see things.

As a citizen, you have the right to express yourself clearly BUT don't use vulgar words on my blogs here.

This blog is not moderated, for people to express themselves freely, you may not be happy with me or whoever you dislike or not respect me but YOU as an anonymous must respect yourself.

Anonymous said...

Moderated:
xxxx you YB Chuah,you're really very stupid and you really don't know how to be a assembly man.I really not respect you.If you want to know more my sugession,you can call me Thomas Yip my H/P no: 012-9216238 i am doing business nursery in mentakab.You can come also to my nursery and i will xxxx you down,ok.

March 11, 2009 4:58 PM

chermpaka said...

YB

Tahniah kerana YB menyedari dan mengaku akan kemelut politik yang berlaku sekarang.

Walau bagaimanapun, perubahan tetap diperlukan dengan memahami kehendak rakyat. Pemimpin2 perlu rajin turun padang dan jangan memungkiri janji demi untuk memikat hati dan berusaha untuk mendapat sokongan rakyat yang berterusan.

Selamat maju jaya.

Chuah Boon Seong said...

Mr Yip which was mentioned by the anonymous who posted on this blog has called me on 14 Mach 2009 afternoon after I made a police report on the same day.

Mr Yip has clarified that he didn't post on my blog and that his name was quoted without his knowing and that the suspected anonymous was mentioned in his police report(a copy was handed to my office) made on the same day later.

I do not know what has happened between the anonymous and Mr Yip, but provoking me with such bad words did not move me. It just indicated the attitude of someone who is a coward and is not civilized enough but has to employ such a tactic to annoying others.

Whoever this anonymous is, he is still out there, the post will remain here just to remind us of the ugly face of such a person.

There is a law governing uses of the facility of multimedia and communication, Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 which I have posted for reference.

Chuah Boon Seong said...

Sdr Sal,

Terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya dan saya setuju dengan pandangan saudara terhadap seorang wakil rakyat.

Selalu kita dengar, sekarang jadi YB bukan senang. Sememangnya jadi YB bukan senang, itu pun sejak dari dulu, bukan sekarang saja. Yang kata dulu jadi YB senang itu pandangan sahaja.

Satu hakikat ialah, dengan rakyat Malaysia sekarang yang mempunyai pendidikan tinggi, sekurang2nya hingga Tingkatan 5(bagi mereka yang tidak tercicir) dan informasi yang senang diperolehi dan boleh dicapai dimana2, tiada apa maklumat yang dapat tersembunyi daripada pengetahuan rakyat, cuma rakyat perlu analisis terhadap maklumat diperolehi itu benar atau tidak supaya tidak tertipu.

Kadang-kadang kita sendiri juga ditenggelami maklumat(samada benar atau palsu) semasa!