Friday, March 6, 2009

Perjumpaan dengan penduduk Kampung Berhala Gantang

Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 4 Mach 2009 mulai jam 5 petang selepas Sembahyang Azar di Maahad Tahfiz Kg Berhala Gantang.

Semasa sesi dialog, berbagai perkara telah dibangkitkan termasuk isu PPSMI, peruntukan saham FELCRA, bekalan letrik ke mini estet dan projek pembangunan. Pandangan penduduk ialah pembangunan di kampung ini dirasai sekian lama dibelakangkan!

Tidak juga kurang soalan yang menyentuh perlantikan Tok Empat yang bakal dilantik kemudian setelah Kerajaan Negeri Pahang melanjutkan tempoh mereka sehingga 31 Mei 2009.

Perjumpaan seperti ini adalah peluang terbaik bagi wakil rakyat mendengar dan menilai sendiri pandangan penduduk-penduduk di akar umbi, apakah suka duka orang kampung terhadap pemimpin mereka.

Perjumpaan ini mengambil masa hampir dua jam.



 
Posted by Picasa

No comments: