Wednesday, July 28, 2010

Apa salahnya? Kampung Lubuk Layang Temerloh

Kampung Lubuk Layang terletak tidak jauh dari simpang lampu isyarat Songsang. Ianya mempunyai hanya 18 buah rumah dan lebih sesuai dianggap sebagai satu taman perumahan. Terdapat sebuah Balairaya tetapi bekalan letrik telah dipotong.

Jalan masuk ke siti ditar dengan elok. Saya difahami tiada longkang di situ.(Bagaimana air mengalir?) Saya juga difakami terdapat satu keluarga berprofesyen peguam tinggal di situ.

Saya telah bertemu dan berjumpa dengan penduduk-penduduk di situ pada malam 28 Julai 2010. Saya mendengar permohonan dan permintaan untuk bantuan memperbaiki keadaan infrastruktur mereka di situ. Kampung Lubuk Layang bukan terletak dalam kawasan DUN Mentakab, tapi saya bagitau penduduk-penduduk, kerana ada permintaan untuk saya hadir dan bertemu mereka, saya datang dan berjumpa.

Saya berterima kasih kerana dapat peluang bertemu mereka dan kesudian mereka hadir. Penduduk-penduduk memang aktif membangkitkan soalan dan permintaan. Permintaan dan kehendak mereka bukan sangat melampau pun. Saya akan hulurkan bantuan dari pihak kerajaan kepada beberapa kes yang memerlukan bantuan kebajikan dan pihak berkenaan. Kehendak-kehendak yang melibatkan Majlis Perbandaran Temerloh, PLB, JPS akan diperhatikan oleh pihak berkuasayang berkenaan.

Permintaan dan kehendak mereka pada pendapat saya secara ikhlas, bukan sangat melampau pun. Wakil rakyat kawasan berkenaan pun harus boleh menolong dan membantu.

Apa salahnya?

No comments: