Tuesday, July 20, 2010

Sesi Dialog Polis dengan Penduduk Mentakab

Majlis sesi dialog Polis dengan Penduduk setempat telah diadakan pada 20 Julai 2010 Jam 8.30 pm di Cawangan MCA Kg Baru Mentakab.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed dengan pegawai dan ketua-ketua jabatan IPD hadir bersama dalam majlis tersebut.

Ketua Polis Daerah memberi taklimat mengenai Community Policing dan kadar jenayah dalam bandar Mentakab dan Temerloh. Dalam sesi dialog, beberapa penduduk mengemukakan pandangan dan cadangan semasa interaksi dan sesi dialog. Cadangan untuk memperelokkan lagi sistem aliran trafik di bandar Mentakab juga dikemukakan.

Menjaga keselamatan kawasan kita adalah tanggungjawab penduduk dan polis bersama. Terima kasih kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis ini.

 
Posted by Picasa

Perbincangan bersama KPD Tuan Ahmad Fadzillah dan Ketua Cawanagn Khas Tuan Jalaluddin

No comments: