Friday, July 30, 2010

Mesyuarat JKKK Kg Paya Keladan

Mesyuarat JKKK Kg Paya Keladan diadakan pada 30 Julai 2010 Jam 9.00 malam di Balairaya Kg Paya Keladan. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara dibangkit dan dibincang, termasuklah cadangan membina perparitan dalam kampung supaya banjir tidak berlaku semasa hujan lebat akhir tahun nanti. Cadangan seperti pembangunan ekonomi kampung, aktiviti belia, keceriaan memperelokkan persimpangan masuk kampung, projek E-kasih, membasmikan kemiskinan dan masalah kekurangan bekalan letrik juga dibangkit dan dibincang. Ketua Kampung En Che Mahmood Bin Mhd Nor pengerusikan mesyuarat tersebut.

Saya mengucapkan terima kasih kerana bepeluang hadir bersama dan menyampaikan ucapan dan maklumat dalam mesyuarat tersebut. Tindakan susulan untuk agensi kerajaan berkenaan akan dilakukan selepas mesyuarat ini.

Posted by Picasa

No comments: