Saturday, July 10, 2010

Kejohanan Taekwondo Remaja Jemputan Temerloh Kali Ke-5 2010

Kejohanan Taekwondo Remaja Jemputan Temerloh Kali Ke-5 2010 dianjurkan oleh Temerloh Educational Taekwondo Club bermula hari ini(10/7/2010) dan berakhir esok di Dewan Chung Hwa Mentakab. Kejohanan ini dirasmikan oleh saya dan akan dirasmikan Penutupan oleh YB Dato Saifuddidn Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh. Seramai 230 perserta daripada beberapa Daerah dalam Negeri Pahang datang menyertai Kejohanan ini. Tahniah kepada Temerloh Educational Taekwondo Club kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini.

Saya rasa gembira melihat kumpulan remaja ini begitu berdisiplin dibawah pimpinan jurulatih masing-masing. Remaja negara kita perlu belajar bagaimana berdisiplin untuk menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan.

Berikut ini adalah aksi-aksi kejohanan pada pagi ini.

No comments: