Sunday, January 25, 2009

Are you ready for change?

Menjelang Tahun Baru Cina 2009 ini, terbacalah percakapan YB Datuk Seri Syed Hamid Albar di Kota Tinggi bahawa Umno mesti berubah sebelum rakyat mengeluarkan 'hukuman mati' terhadapnya, seperti yang dilaporkan di Berita Harian Online dan media massa elektronik lain.

Bagi orang Cina, memang sebutan perkataan "mati" itu adalah satu pantang larang pada masa perayaan ini. Ramai mesti setuju termasuklah ahli Umno sendiri pandangan YB Datuk Seri Syed Hamid Albar tersebut bahawa apa yang dipertuturkan itu adalah satu hakikat, "UMNO MUST CHANGE".

Ini baru lepas berapa jam ADUN Kawasan Bota, Negeri Perak, keluar dari Umno dan menyertai PKR. Kita tak tahu sebab apa ADUN Bota itu meninggalkan Umno, tentu beliau fikirkan itu pilihan lebih baik baginya. Kerajaan negeri itu memang kerajaan PR, tentu beliau dapat menikmati kelebihannya sebagai ADUN parti Kerajaan.

Kita tak nak debat mengenai isu moral lompat melompat ini, adalah menjadi tanggungjawab YB Bota menjawab kepada mereka yang telah memberi undi kepadanya pada 308 supaya beliau menang atas tiket Umno/Barisan Nasional.

Isu pokoknya adakah YB Bota begitu hampa dengan UMNO sehinnga beliau kena buat keputusan sedemikian? Atau beliau lebih mementingkan kelebihan yang beliau akan menikmati apabila beliau menyertai PR, kerajaan Negeri Perak. Adakah beliau memang memerlukan kelebihan wakil rakyat kerajaan negeri sedemikian untuk membantu rakyat kawasannya? Ini pun kena disemak oleh mereka dalam kawasannya.

"UMNO MUST CHANGE". begitu juga MCA dan parti komponen Barisan Nasional yang lain. Betapa cepat kita boleh berubah dan berapa "banyak" kita dapat berubah akan menentukan nasib Barisan Nasional pada masa akan datang.

Saya terlintas satu formula di Wikipedia: D x V x F > R yang kita boleh sama-sama merujuk dan merenung.

D x V x F > R

D = Ketidakpuas hati terhapap keadaan sekarang(Dissatisfaction with how things are now);
V = Visi mengenai apa boleh dilakukan(Vision of what is possible);
F = Langkah konkrit yang pertama yang boleh dilakukan ke arah merelisasikan Visi itu(First, concrete steps that can be taken towards the vision).

If the product of these three factors is greater than
R = Rintangan terhadap perubahan(Resistance, then change is possible).

"Because of the multiplication of D, V and F, if any one is absent or low, then the product will be low and therefore not capable of overcoming the resistance."

"Are you ready for change?" We have to ask ourselves and our people!

Selamat Tahun Baru Cina! Happy 牛 Year!

1 comment:

WARIS PAHANG said...

Berubahlah Sebelum Kerajaan Kita Diubah.

Kerajaan BN terlalu banyak berjasa kepada kita dan negara. Memang benar kata orang pembangkang kini menangguk di air yang jernih.

ADUN BN Pahang perlu buktikan taat setia yang tidak berbelah bahagi.