Wednesday, April 29, 2009

马华彭亨州联委会政治教育局为加强马华基层领袖的政治意识,特于2009年4月25及26日在淡马鲁翠园酒店主办领袖培训营,恭请马华总会长拿督斯里翁诗杰主持闭幕仪式。
参与的区会包括而联突区会,百乐区会,瓜拉吉桡区会及淡马鲁区会。出席的基层领袖超过两百人。

以下是领袖培训营在结束后的全体合照。




点击此处有更多相片。

Thursday, April 16, 2009

Pada pagi 16 April 2009, pekerja dari Tzu Chi berjumpa saya di Pejabat Khidmat Rakyat Mentakab, cuba mendapatkan pandangan dan bantuan bagaimana boleh membantu dua adik-beradik yang tinggal di Belunggu Halt yang tidak mempunyai bekalan air dan letrik.
Apabila Saudari Chew menerangkan keadaan kehidupan kedua adik-beradik ini kepada saya, saya rasa terkejut dan seterusnya rasa sedih kerana masih terdapat isi rumah yang tidak mempunyai air dan letrik bekalan dalam kawasan yang saya berkhidmat dan mewakili. Saya terus buat keputusan ingin melawat keadaan rumah mereka jam 3 petang pada hari yang sama.

Berikut ini adalah gambar menunjukkan keadaan sekitar rumah adik-beradik Wong yang masih bujang ini. Sebenarnya adik-beradik Wong ini telah berusia 59 dan 56 tahun masing-masing. Kedua-dua ibubapa mereka telah meninggal dunia dan rumah ini didiami mereka sejak ibu meninggal, mereka tidak mampu membayar bil letrik dan bekalan letrik terus di potong dan meter pun sudah dicabut beberapa tahun yang dahulu. Mereka juga tidak mampu dapat bekalan air paip daripada JBA.

Memang kehidupan ini sangat susah, kehidupan bagi adik-beradik Wong ini susah betul. Cuba fikir keadaan setiap malam yang tanpa letrik, tanpa cahaya. (Saya sentiasa terima aduan apabila bekalan letrik terputus cuma untuk berapa jam dalam rumah! Ada juga aduan yang lampu jalan depan rumah tak nyala dan sebagainya!)

Cuba fikir minuman air dari payah yang masih hendak diangkut ke rumah dengan naik turun cerun.(I fell down when I was going down to the place to see for myself where the brothers get the water, it was slippy. But it's OK, I am unhurt!)

Kita selalu mengadu, kehidupan ini susah, layanan terhadap kita tak adil, perkhidmatan tak baik. Tetapi adik beradik Wong ini tak mengadu, pekerja Tzu Chi yang pergi membantu mereka, dengan keprihatinan yang tak terhingga. Mereka membantu membersihkah kawasan dalam rumah mereka, gantikan katil, tilam yang bersih, bekalkan makanan setiap bulan kepada mereka yang langsung tiada pendapatan.

I agree, sometimes, life can be very difficult, but don't complain when you still have the ability to go on living. Ask for help when you really need it. There are people around who are more than willing to help, like the Tzu Chi.
My salute to the sister and brother workers from Tzhu Chi.

Posted by Picasa

Pandangan dari luar rumah kedua-dua adik beradik Wong. Rumah ini ditinggalkan oleh ibu mereka.
Posted by Picasa

Kami turun ke tempat mencari dari mana adik-beradik ini mendapatkan sumber air minuman/kegunaan harian mereka.
Posted by Picasa

Inilah tempat mereka dapatkan air minuman/kegunaan harian mereka!
Posted by Picasa

Air dari takungan di payah tadi di angkut dan simpan di tempat ini. Air ini diangkut oleh adik Wong Ngah. Cuba lihat warna air dalam baldi. Memang betul, ini air minumman dan kegunaan harian mereka!
Posted by Picasa

Pekerja dari Tzu Chi menerangkan keadaan kehidupan adik-beradik Wong kepada yang hadir
Posted by Picasa
Adik yang sulong telah keluar ke bandar, kami mengambil gambar bersama Wong Ngah yang duduk dan nampaknya relaks