Apabila Saudari Chew menerangkan keadaan kehidupan kedua adik-beradik ini kepada saya, saya rasa terkejut dan seterusnya rasa sedih kerana masih terdapat isi rumah yang tidak mempunyai air dan letrik bekalan dalam kawasan yang saya berkhidmat dan mewakili. Saya terus buat keputusan ingin melawat keadaan rumah mereka jam 3 petang pada hari yang sama.
Berikut ini adalah gambar menunjukkan keadaan sekitar rumah adik-beradik Wong yang masih bujang ini. Sebenarnya adik-beradik Wong ini telah berusia 59 dan 56 tahun masing-masing. Kedua-dua ibubapa mereka telah meninggal dunia dan rumah ini didiami mereka sejak ibu meninggal, mereka tidak mampu membayar bil letrik dan bekalan letrik terus di potong dan meter pun sudah dicabut beberapa tahun yang dahulu. Mereka juga tidak mampu dapat bekalan air paip daripada JBA.
Memang kehidupan ini sangat susah, kehidupan bagi adik-beradik Wong ini susah betul. Cuba fikir keadaan setiap malam yang tanpa letrik, tanpa cahaya. (Saya sentiasa terima aduan apabila bekalan letrik terputus cuma untuk berapa jam dalam rumah! Ada juga aduan yang lampu jalan depan rumah tak nyala dan sebagainya!)
Cuba fikir minuman air dari payah yang masih hendak diangkut ke rumah dengan naik turun cerun.(I fell down when I was going down to the place to see for myself where the brothers get the water, it was slippy. But it's OK, I am unhurt!)
Kita selalu mengadu, kehidupan ini susah, layanan terhadap kita tak adil, perkhidmatan tak baik. Tetapi adik beradik Wong ini tak mengadu, pekerja Tzu Chi yang pergi membantu mereka, dengan keprihatinan yang tak terhingga. Mereka membantu membersihkah kawasan dalam rumah mereka, gantikan katil, tilam yang bersih, bekalkan makanan setiap bulan kepada mereka yang langsung tiada pendapatan.
I agree, sometimes, life can be very difficult, but don't complain when you still have the ability to go on living. Ask for help when you really need it. There are people around who are more than willing to help, like the Tzu Chi.
My salute to the sister and brother workers from Tzhu Chi.
1 comment:
;)
Post a Comment