Saturday, April 12, 2008

Dalam mesyuarat MCA Bahagian semalam(11-4-2008), salah satu agenda ialah perbincangan mengenai kekalahan Barisan Nasional di beberpa buah negeri.

Banyak telah diperkatakan sebelum ini diberbagai jenis media termasuk akhbar, blog dan siaran radio dan TV. Sebab-sebab kekalahan ini tidak dapat lari daripada isu yang wujud lama seperti isu rasuah, harga barangan yang semakin naik, ketidakpuasan rakyat termasuk kaki tangan kerajaan, keangguhan sesetengah pemimpin UMNO dan sebagainya.

Selain daripada isu-isu di atas, yang penting sekali ialah isu dalaman parti dan isu calon sendiri. Memang kali ini tsumnai politik ini kuat, tetapi BN masih dapat mempertahankan pemerintahan di peringkat Federal, dan kurang daripada 2/3 majoriti.

1 comment:

Anonymous said...

Usaha MCA untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA haruslah dipertingkatkan sehingga ke akar umbi. Saya yakin dan percaya kerja-kerja yang dilakukan oleh MCA selama ini pasti akan mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Cina umumnya suatu hari kelak...