Thursday, May 21, 2009

Luahan Orang Kelainan Upaya(OKU).

Hari ini, saya terima satu salinan surat daripada Sdr Ku Ghazali Bin Ku Yakub yang berasal dari Kg Tg Danolang, Batu Sawar yang bertajuk Luahan Orang Kelainan Upaya(OKU). Surat ini sebenarnya ditujukan kepada YDP Majlis Perbandaran Temerloh dan salinnya kepada semua pihak yang berkenaan dan berkuasa termasuk wakil rakyat dalam Daerah Temerloh.

Dalam surat beliau, beliau telah menyatakan beberapa kesukaran utama yang sering dialami oleh OKU berkerusi roda seperti beliau.

Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa dalam bandar kita, sama ada di Temerloh atau di Mentakab sehingga hari ini, memang kebanyakan kemudahan awam yang sedia ada ialah "Not OKU friendly".

Di Mentakab, saya perhatikan bahawa kemudahan di HSBC Bank Mentakab sahaja adalah "OKU friendly".

Negara kita sedang menuju ke arah negara maju, segala perancangan dan pelaksanaan pembangunan hendaklah mengambil kira kehendak semua lapisan rakyat, termasuklah golongan OKU ini.

Saya tetap percaya luahan dan rintihan seperti dinyatakan beliau dalam surat ini dapat didengar dan dapat perhatian, walaupun ia akan mengambil masa untuk dijadikan kenyataan.

2 comments:

asyraf said...

its not "orang kelainan upaya" but "orang kurang upaya"

JEBAK PUYUH said...

Terima kasih Mr. Chuah atas keprihatinan tuan. Semoga luahan saya ini terusan mendapat perhatian agar golongan seperti saya kelak dapat bebas bergerak di bandar sendiri.

En. Asyraf... Kenapa saya tulis "Kelainan dan bukan Kurang" supaya masyarakat sedar bahawa setiap orang OKU bukanlah semata-mata punya kekurangan tetapi masing-masing tetap mempunyai keupayaan tertentu walaupun tidak sepenuhnya. Janganlah mudah memandang remeh kepada kami OKU.