Semasa saya menghadiri Program KPI ADUN pada 11 Mei(Isnin) di Kuantan, saya telah terima panggilan daripada penduduk dari Taman Rimba / Taman KSM mengenai masalah bekalan air terputus.
Pada kebiasaan, saya tidak akan terima panggilan/aduan pada hari pertama bekalan air terputus, jadi saya tahu masalah ini mesti melebihi sehari. Setelah semakan dengan pegawai JBA Temerloh dan pegawai di Pejabat Khidmat ADUN, saya dapati bahawa air paip depan Sek Men Hwa Lian telah pecah dan sedang dibaiki.
Dalam perjalanan balik dari Kuantan pada malam 11 Mei, saya dapat sms memberitahu bahawa air paip pecah tersebut telah siap dibaiki pada jam 8 malam dan bekalan air telah sambungkan.
Yang menhairankan ialah pada sebelah petang 12 Mei(Selasa), saya masih terima panggilan dari penduduk di Taman Rimba yang mengatakan bekalan air masih tak sampai. Setelah semakan dengan juruteknik yang berkenaan, baru difahamkan bahawa pump house yang berada di Jalan Rimba, Taman Rimba tak berfungsi dengan baik, yang menyebabkan bekalan air tak sampai. Jadi kalau kira dari paip pecah pada 10 Mei, sudah masuk hari ke tiga bekalan air terputus ke kawasan itu. Sehingga pukul 10 malam pada 12 Mei saya masih terima sms tanya mengapa bekalan air tak sampai lagi.
Pada pandangan orang ramai, semua kerja yang ada kaitan dengan kerajaan akan ditujukan kepada wakil rakyat pihak kerajaan termasuklah air paip yang pecah dan bekalan air terputus. Satu hari nanti, apabila JBA diswastakan, aduan juga akan dituju kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian.
Kesimpulannya, keberkesanan agensi dan pejabat kerajaan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada wakil rakyat itu popular atau sebaliknya. Atau dengan ringkasnya, selain daripada polisi kerajaan, sisten penyampaian kerajaanlah antara sebab penting yang akan menentukan nasib sesebuah kerajaan.
Cuba fikir, kalau surat akhbar menyiarkan laporan berita ramai pelajar 11A, 12A, 13A di sana sini yang tak dapat tawaran biasiswa JPA(tak kira apa sebab pun), apa pandangan/persepsi mereka yang terlibat terhadap kerajaan dan persepsi orang ramai terhadap isu ini?
No comments:
Post a Comment