Saturday, August 27, 2011

Kampung Loyang......

26.8.2011 Selepas program Kempen Keselamatan Jalan Raya di Toll Temerloh, saya pergi melawat ke kampung Loyang, menjenguk seorang penduduk kampung, En Shamsudin, yang sakit barah beberapa bulan yang lepas dan tidak berapa berupaya untuk bergerak. Walaupun sakit, beliau masih bersemangat kuat dan menceritakan hal kehidupan dan gerakan harian disekitar rumah.


Beliau pernah bersama mengiringi saya semasa saya melawat ke sekitar kampung meninjau keadaan surau dan jalan dikampung tahun yang lepas.

Pada fikiran saya, mereka yang ditimpa sakit atau sesuatu yang malang itu bukan memerlukan "kesian" tetapi keprinhatinan daripada orang2 disekitar, perhatian daripada mereka yang mampu dan dapat membantu dan seterusnya menghulurkan bantuan dan jangan dibiarkan tercicir!

Kita doakan semoga En Shamsudin dapat sembuh cepat dan sentiasa bersemangat dalam mmenghadapi apa saja cabaran di depan!





No comments: