Saturday, August 27, 2011

Pemberian Sumbangan kpd Mangsa Ribut dan Rahmat Ramadhan

27.8.2011 Majlis Pemberian sumbangan cek Negeri Pahangkepada mangsa ribut di sekitar Mentakab yang berlaku pada bulan yang lepas diadakan di Pusat Khidmat ADUN pagi ini. Mereka yang menerima sumbangan ini bersyukur kerana keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang memberi sumbangan tersebut, memang juga menjadi tanggungjawab wakil rakyat setempat untuk menyampaikan maklumat bencana alam ini untuk diambil tindakan oleh kerajaan dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Bagi golongan yang kurang berada, Pejabat ADUN juga sediakan sedikit Rahmat Ramadhan untuk sama-sama dinikmati oleh mereka semua. Walaupun barangan tersebut cuma merupakan barangan keperluan harian dan keperluan semasa Hari Raya, penerima2 turut rasa gembira dan bersyukur menjelang Hari Raya Aidilfitri ini kerana dapat juga perhatian dan keperintin wakil rakyat.









No comments: